Tujuh pelajar pukul remaja lelaki berdepan tindakan disiplin

Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Norlizah)
Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Norlizah)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pihak sekolah di Taman Puteri Wangsa di sini akan mengambil tindakan disiplin terhadap tujuh pelajarnya yang terlibat dalam kes memukul seorang remaja di Taman Bistari Indah di sini pada 9 Ogos lalu.

Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Norlizah Noh berkata, ketika ini pihaknya masih menunggu proses siasatan daripada pihak polis selepas semua pelajar berkenaan ditahan reman.

"Pihak sekolah boleh mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya. Pelajar berkenaan dalam proses siasatan dan masih belum boleh digantung atau dibuang sekolah. Kita tunggu keputusan mahkamah (keputusan pendakwaan kes tersebut)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Norlizah berkata, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang akan membantu pihak sekolah dalam siasatan kes berkenaan.

Pada Selasa, tujuh pelajar berusia 14 hingga 17 tahun itu yang memukul remaja berkenaan di kawasan rekreasi dalam taman tersebut pada 9 Ogos lalu direman dua hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, remaja berkenaan ditendang, dipijak, disepak dan ditumbuk beberapa kali di bahagian depan dan belakang badan selain di bahagian perut, paha serta lengan kiri dan kanan.

Artikel Berkaitan: