'Jangan simpan dalam hati' - Sanusi

Muhammad Sanusi. - Foto Sinar Harian NURUL HIDAYAH HAMID
Muhammad Sanusi. - Foto Sinar Harian NURUL HIDAYAH HAMID
A
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersedia membuka lembaran baharu berhubung hubungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan untuk kesejahteraan rakyat negeri ini.

Beliau berharap kepimpinan Kerajaan Perpaduan tidak menyimpan 'perasaan' dalam hati, terutama membabitkan isu politik antara dua pihak sebelum ini.

Menurutnya, semua urusan berkaitan pentadbiran perlu dilakukan mengikut prosedur kerajaan dengan kerajaan, tanpa melibatkan hal peribadi.

“Saya bersedia permulaan baharu (hubungan kerajaan negeri dan Persekutuan). Kalau mereka (pimpinan Pusat) sedia (buat perkara sama) Alhamdulillah.

“Kalau mereka masih menyimpan dalam hati, saya tak tahulah. Mana boleh simpan dalam hati hal-hal pemerintahan kerajaan harus ikut prosedur. Hal hati mana boleh bawa dalam itu, kena simpan dalam peti,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Darul Aman selepas selesai mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit pada Isnin.

Mengulas sama ada hubungan beliau dengan kepimpinan Kerajaan Persekutuan kelak akan menjejaskan pembangunan di Kedah, Muhammad Sanusi tegaskan, perkara seperti itu tidak sewajarnya berlaku.

“Tak bolehlah macam itu. Kena faham, janganlah hukum orang kerana perbezaan. Tak boleh, itu berdosa. Kita beri rakyat memilih, kemudian rakyat buat pilihan, lepas itu kita hukum pula. Ingatlah dosa, pahala sama,” ujarnya.

Menurutnya, kerajaan Persekutuan tidak boleh menghukum rakyat Kedah kerana memilih Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan:

“Takkanlah pilihan rakyat nak dimarahkan pula. Menghukum rakyat Kedah kerana rakyat Kedah pilih PN, mana boleh macam itu. Ini demokrasi, dalam politik berpuluh-puluh tahun pun tak faham demokrasi,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kedah tidak akan diskriminasi bukan Melayu

Lantikan Exco Kedah dalam minggu ini - Sanusi

'Saya maafkan semua termasuk Saifuddin' - Sanusi

Sanusi beri jaminan ADUN PN tidak akan terpalit rasuah

Sanusi selesai angkat sumpah Menteri Besar Kedah