K9 FRU ditubuhkan tahun hadapan

Hazani (lapan, kiri) dan pegawai PDRM bersama peserta kursus asas menunggang kuda FRU pada Isnin.
Hazani (lapan, kiri) dan pegawai PDRM bersama peserta kursus asas menunggang kuda FRU pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Unit Anjing Pengesan (K9) Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Polis Diraja Malaysia akan ditubuhkan pada tahun hadapan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, pihaknya telah merancang untuk mewujudkan Unit K9 FRU sebagai anti rusuhan.

"Setakat ini, kita baru mendapat kelulusan peruntukan untuk 10 ekor anjing, kita mungkin memilih jenis anjing seperti German Shepherd.

"Unit K9 itu akan ditugaskan untuk mencegah rusuhan, selain membantu penugasan lain dalam PDRM," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis perasmian penutup kursus asas menunggang kuda FRU di sini, pada Isnin.

Hazani berkata, seramai 30 anggota FRU menyertai kursus tersebut selama tujuh minggu.

“Saya percaya ada risiko ketika menghadiri latihan sebegitu. Para peserta telah menyahut cabaran dan berjaya menamatkan kursus, tahniah kepada para peserta," katanya.

Mengulas lanjut, Hazani berkata, anggota FRU kini dalam proses untuk meningkatkan kemahiran setanding dengan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

"FRU terlibat dalam tugas khas seperti menjaga keselamatan dan ketenteraman awam pada acara besar, mereka juga boleh ditugaskan untuk membantu pasukan lain jika berlaku bencana," katanya.

Artikel Berkaitan: