Argentina adakan pilihan raya awal pilih calon presiden

Argentina pada Ahad menjalankan pilihan raya awal untuk memilih calon-calon presiden yang akan bertanding dalam pilihan raya umum pada 22 Oktober ini. - Gambar hiasan 123RF
Argentina pada Ahad menjalankan pilihan raya awal untuk memilih calon-calon presiden yang akan bertanding dalam pilihan raya umum pada 22 Oktober ini. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

BUENOS AIRES - Argentina pada Ahad menjalankan pilihan raya awal untuk memilih calon-calon presiden yang akan bertanding dalam pilihan raya umum pada 22 Oktober, lapor Xinhua.

Pusat mengundi yang dibuka di 17,431 sekolah awam dan swasta di seluruh negara ditutup pada jam 6 petang waktu tempatan (2100 GMT), kata Dewan Pilihan Raya Kebangsaan.

Kira-kira 35,394,425 warga Argentina layak mengundi (pengundian adalah wajib di Argentina) dan menjelang 5 petang waktu tempatan (2000 GMT), 61.5 peratus pengundi telah mengundi.

Pengundi boleh memilih senarai 17 calon presiden dan sekutunya untuk penggal presiden 2023-2027.

Mana-mana calon yang memperoleh sekurang-kurangnya 1.5 peratus undi, layak menyertai pilihan raya umum. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!