PRN: Tiada kelibat pemimpin muncul di Bangunan UMNO

Sebahagian petugas media ketika menunggu perkembangan terkini keputusan PRN dan PRK Terengganu di Bangunan UMNO Terengganu pada malam Sabtu.
Sebahagian petugas media ketika menunggu perkembangan terkini keputusan PRN dan PRK Terengganu di Bangunan UMNO Terengganu pada malam Sabtu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Usaha pihak media untuk mendapatkan reaksi pemimpin Barisan Nasional (BN) susulan kekalahan teruk pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini gagal selepas tiada sebarang kelibat pemimpin daripada parti itu muncul di Bilik Gerakan UMNO di sini, pada malam Sabtu.

Pihak media yang tiba di bilik gerakan terletak di Bangunan UMNO Terengganu seawal jam 7 petang untuk mengikut perkembangan kiraan undi turut dimaklumkan kemungkinan diadakan satu sidang akhbar oleh pemimpin parti berkenaan.

Namun, belum pun selesai proses kiraan undi melibatkan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu diumumkan, pihak media diminta beredar daripada lokasi berkenaan memandangkan tiada sebarang sidang akhbar akan dibuat.

PRN Terengganu kali ini menyaksikan Pas menyapu bersih semua 32 kerusi DUN, sekali gus melenyapkan harapan BN untuk kembali mentadbir negeri ini.

Pas juga berjaya mengekalkan kemenangan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Terengganu yang turut diadakan serentak dengan PRN kali ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) lalu, BN berjaya memenangi 10 kerusi iaitu DUN Kijal, Seberang Takir, Langkap, Kuala Besut, Hulu Besut, Telemung, Batu Rakit, Bukit Besi, Permaisuri dan Jertih.

Timbalan Pengerusi UMNO, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku pada Khamis lalu memaklumkan gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) menyasarkan untuk menawan 19 kerusi DUN pada PRN kali ini bagi membentuk kerajaan baharu.

Artikel Berkaitan: