Altimet tekad bantu semua di Lembah Jaya

Altimet
Altimet
A
A
A

SHAH ALAM - Calon Pakatan Harapan (PH), Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet berazam akan berkhidmat untuk semua 'tanpa memilih bulu' di Lembah Jaya.

Penyanyi rap mainstream pertama negara memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya itu berkata, beliau tidak akan membezakan latar belakang politik masyarakat kawasan itu.

"Saya amat berterima kasih kepada semua pengundi-pengundi Lembah Jaya yang menjadi pembakar semangat untuk saya terus berkhidmat dan berbangga menjadi sebahagian daripada Lembah Jaya.

"Selepas ini, tiada lagi perbezaan antara parti kerana saya akan berkhidmat untuk semua masyarakat Lembah Jaya.

"Saya akan segera memulakan tugas seawal pagi Subuh esok bersama jemaah di masjid," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau yang bertanding di DUN Lembah Jaya, menang dengan majoriti 6,707 dan memperoleh 26,116 undi.

Pencabarnya, Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh 19,409 undi.

Kerusi Lembah Jaya sebelum ini disandang Haniza Mohamed Talha dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 14,790 selepas memperoleh 22,512 undi.

Artikel Berkaitan:

Beliau menewaskan Muhamad Nizam daripada BN (7,722 undi), Khasim Abdul Aziz (Pas), 7,358 undi dan Norizwan (Parti Rakyat Malaysia), 177 undi yang kehilangan wang deposit.

Dalam pada itu, Altimet juga berterima kasih kepada jentera tidak kira PH mahu pun Barisan Nasional, di atas kerja keras mereka selama tempoh berkempen sebelum ini.

"Saya berkeyakinan, Kerajaan Perpaduan akan membalas jasa-jasa pengundi yang begitu besar jiwanya di Lembah Jaya ini," tambahnya.