Sempat mengundi sebelum akad nikah

Abdul Qayyim yang lengkap berpakaian baju Melayu hadir mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seru Keramat.
Abdul Qayyim yang lengkap berpakaian baju Melayu hadir mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seru Keramat.
A
A
A

AMPANG - Meskipun bakal melangsungkan pernikahan di Selayang pada jam 9.30 pagi, pekerja swasta, Abdul Qayyim Roslan, 26, tetap hadir ke pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seru Keramat bagi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemilih.

Abdul Qayyim berkata, walaupun majlis pernikahannya cukup penting, tetapi urusan mengundi juga adalah perkara yang perlu dilaksanakan sebagai rakyat Malaysia.

"Saya berasal dari Bukit Antarabangsa dan akan bernikah pada pagi ini di Selayang pada jam 9.30 pagi.

"Saya terpanggil untuk datang mengundi terlebih dahulu bagi melaksanakan tanggungjawab kepada negara," katanya.

Ujar Qayyim, pada petang pula pasangannya akan turut mengundi selepas selesai majlis di Sekolah Kebangsaan Selayang.

Menurutnya, walaupun hari ini majlis bersanding dan bernikah dijalankan serentak, dia dan pasangan tetap melunaskan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Sebab itu saya datang awal pagi untuk mengundi awal dan beri ruang kepada pasangan saya,” katanya yang menjadi pengundi pertama membuang undi.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Artikel Berkaitan: