Situasi keselamatan PRN Kedah terkawal - Polis

Fisol Salleh
Fisol Salleh
A
A
A

ALOR SETAR - Situasi keselamatan Pilihan Raya Negeri (PRN) di seluruh Kedah tenang dan terkawal tanpa sebarang insiden yang boleh menggugat keselamatan setakat pagi Sabtu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, seramai 7,160 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk memastikan proses pembuangan undi di 645 pusat mengundi melibatkan 2,849 saluran di seluruh Kedah berjalan lancar.

Menurutnya, tiada sebarang insiden yang berlaku, semuanya berjalan lancar dan polis menasihatkan orang ramai agar mengikut arahan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

"Pengundi juga dinasihatkan untuk keluar mengundi awal. Semua pengundi juga dilarang mengadakan sebarang perarakan berhampiran pusat pengundian dan pengiraan undi serta tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu gugat keselamatan semua pihak," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas membuat pemantauan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti, dekat sini.

Fisol berkata lagi, sehingga kini polis Kedah telah menerima 277 laporan polis berkaitan pilihan raya sejak tempoh berkempen bermula 29 Julai sehingga Jumaat dan daripada jumlah tersebut sebanyak 30 kertas siasatan telah dibuka dengan empat tangkapan dilakukan.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Artikel Berkaitan: