Ragbi Asia bersedia harungi gelora tujuh kejuaraan

Imbas kembali kapten pasukan Siri Ragbi Asia 2022 sebelum ini.
Imbas kembali kapten pasukan Siri Ragbi Asia 2022 sebelum ini.
A
A
A

KETIKA Kejohanan Ragbi Lelaki Asia melabuh tirai tumpuan kini terarah kepada sepak mula tujuh kejohanan utama untuk separuh kedua 2023.

Saingan ragbi Asia Bawah 20 Tahun Tujuh Sebelah lelaki dan wanita anjuran Persatuan Ragbi Nepal akan menyingkap tirai pada 19 hingga 20 Ogos.

Lembah Kathmandu akan menyajikan aksi sukan lasak berprestasi tinggi selepas penganjuran saingan Bawah 18 Tahun Tujuh Sebelah lelaki dan wanita pada 2022.

Seterusnya saingan Siri Ragbi Tujuh Tujuh Asia, bermula dengan pusingan pertama yang dianjurkan Kesatuan Ragbi Korea di Incheon pada 26 hingga 27 Ogos.

Keterujaan itu kemudiannya beralih ke Bangkok, Thailand, untuk pusingan kedua dan terakhir anjuran Kesatuan Ragbi Thai pada 14 hingga 15 Oktober.

Pasukan lelaki dan wanita Singapura akan menyertai semula siri ini selepas mendapat promosi apabila memenangi Piala Ragbi Tujuh Tujuh Asia 2022 di Indonesia.

Taiwan akan menjadi tumpuan apabila menganjurkan Ragbi Asia Bawah 18 Tujuh Sebelah lelaki dan wanita di Taoyuan pada 30 September hingga 1 Oktober.

Sukan Asia Hangzhou 2022 pula menampilkan acara Tujuh Sebelah yang dijadualkan berlangsung di Padang Olahraga Cangqian Universiti Normal Hangzhou, Hangzhou, China, dari 24 hingga 26 September.

Artikel Berkaitan:

Trofi Ragbi Tujuh Tujuh Asia pula dipertandingkan di Doha, Qatar bermula dari 3 hingga 4 November dengan dua pemenang trofi layak ke promosi ke Siri Tujuh 2024.

Kejohanan Kelayakan Olimpik Ragbi Asia dijadualkan di Kitakyushu, Jepun, pada 18 hingga 19 November akan melabuh tirai Siri Asia dengan dua pemenang akan ke Paris 2024.