Kalau tak selari, tidak sepatutnya 'hentam' PM - MB Pahang

Wan Rosdy bersama calon BN, Mohamad Fadzil Zolkipli dan jentera parti itu di Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang, Pendang pada malam Khamis.
Wan Rosdy bersama calon BN, Mohamad Fadzil Zolkipli dan jentera parti itu di Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang, Pendang pada malam Khamis.
A
A
A

PENDANG - Pimpinanan kerajaan di peringkat negeri termasuk Kedah perlu mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Persekutuan demi kepentingan rakyat.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jika sebaliknya, beliau tidak menafikan bahawa perkara tersebut bakal memberi kesan khususnya bagi mendapatkan peruntukan menjalankan projek di negeri berkenaan.

Menurutnya, sesuatu yang pelik apabila pemimpin bersikap menghentam dan mengutuk Perdana Manteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun selepas itu memohon sesuatu daripadanya.

"Kalau kita tidak selari sepatutnya kita tidak berkelahi dengan kerajaan Persekutuan, kita tetap perlu menjaga hubungan yang baik dengan kerajaan Persekutuan dan kalau sebagai Menteri Besar, dok hentam kerajaan dalam masa yang sama nak minta pertolongan kerajaan Persekutan, saya fikir tidak semudah itu akan dipertimbangkan sebab kita sebagai manusia mempunyai perasaan.

"Biasanya kalau kita nak minta sesuatu daripada orang 'kena lembut gigi daripada lidah', ini keras lidah daripada gigi, contoh la kan, saya ingat kalau Persekutuan bagi, dia bagi apa yang termaktub dalam Perlembagaan seperti 'capitation grant' atau pemberian geran mengikut bilangan penduduk," katanya pada sidang akhbar pada malam Khamis.

Beliau berkata demikian selepas ditemui bersama calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Fadzil Zolkipli di Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang, dekat sini.

Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO berkata, sebagai seorang Menteri Besar, banyak perkara sensitif yang perlu dipertimbangkan terutamanya melibatkan kepentingan rakyat.

"Kalau saya berasa malu kalau kita nak minta pertolongan orang kita balun orang (itu), sepatutnya kita buat baik, kita bagi tau alasan-alasan kenapa kita perlu bantuan, kita bagi tau ini pilihan rakyat di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Tapi tak selari dengan kerajaan Pusat tak boleh buat apa, tapi bantuan untuk pembangunan dan rakyat perlu dipertimbangkan bukan untuk saya (Menteri Besar) untuk rakyat, sepatutnya macam itu," ujar beliau lagi.

Tambahnya, pengundi pada pilihan raya negeri (PRN) di Kedah perlu bijak membuat pilihan sama ada mahu kekalkan kerajaan negeri kepada pembangkang ataupun memilih untuk bersama-sama dengan kerajaan Pusat selepas Ini.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!