PRN: Laluan ke pusat kiraan undi ditutup sementara

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Beberapa laluan utama ke pusat pengiraan undi pilihan raya negeri (PRN) Pulau Pinang di daerah ini akan ditutup bermula jam 6 petang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Ng Ah Thiam berkata, penutupan membabitkan pusat pengiraan undi Dewan Serbaguna Jawi sehingga proses selesai.

"Antara laluan ditutup ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Polis SPS dan Jalan Susur JKR untuk kelancaran lalu lintas dan proses pengiraan.

"Polis memohon kerjasama pengguna jalan raya supaya menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan," katanya dalam kenyataan kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, penutupan jalan ke pusat pengiraan undi di kawasan itu ditutup secara berperingkat bermula Sabtu.

Menurutnya, bagi pusat pengiraan undi di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam, penutupan dibuat di Simpang Tiga Jalan Berapit/Jalan Mengkuang sehingga berdekatan Taman Bukit Noning.

"Di pusat pengiraan undi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mertajam, laluan Simpang Tiga Jalan Berjaya/Jalan Kampung Baru akan ditutup, manakala SMK Jit Sin melibatkan penutupan di Jalan Binjai berhadapan sekolah sehingga Jalan Lintang Bayu Mutiara.

"Pusat pengiraan undi di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan dan Kolej Vokasional Seberang Perai pula masing-masing melibatkan penutupan jalan di Simpang Tiga Jalan Betik/Song Ban Kheng hingga Simpang Tiga Jalan Betik/Sungai Rambai dan Simpang Tiga Jalan Bukit Minyak 2/Jalan Carnation," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, bagi pusat pengiraan undi di Politeknik Seberai Perai Tengah, tiada penutupan jalan dilakukan, hanya laluan keluar masuk ditutup untuk kenderaan awam.

"Orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan alternatif lain untuk meneruskan urusan harian," katanya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!