Kedah perlu kekang kebangkitan PKNS FC

Sokongan padu diharapkan oleh pemain Kedah untuk melihat Stadium Darul Aman penuh pada malam esok bertemu PKNS FC.
Sokongan padu diharapkan oleh pemain Kedah untuk melihat Stadium Darul Aman penuh pada malam esok bertemu PKNS FC.
A
A
A

ALOR SETAR - Kedah perlu mengekang kebangkitan PKNS FC pada suku akhir kedua Piala FA 2019 di Stadium Darul Aman malam esok bagi memastikan cita-cita mara ke pusingan seterusnya tercapai.

Pengerusi Kelab Penyokong Jaguh Utara (JUFC), Mohd Shaharizal Mohd Sobri berkata, pelawat masih mempunyai baki 90 minit untuk bangkit dan Lang Merah tidak boleh alpa sepanjang perlawanan berlangsung.

Menurutnya, Kedah juga diharapkan tidak boleh selesa dengan bekalan dua gol yang diperolehi pada suku akhir pertama ketika mengatasi lawan 1-3 di laman PKNS FC.

"Pelawat sudah tentu akan turun habis-habisan untuk memadamkan kelebihan dua gol yang dimiliki pasukan tuan rumah.

"Lang Merah tidak boleh leka dan perlu terus memburu gol bagi memberikan tekanan kepada PKNS FC," katanya ketika dihubungi Sukan Sinar.

Mohd Shaharizal berkata, momentum yang diperolehi ketika menang besar 5-2 ke atas Kuala Lumpur pada 3 Mei lalu bagi saingan Liga Super 2019 diharapkan mampu untuk terus menyuntik motivasi semua pemain.

"Bagaimanapun JUFC percaya dengan percaturan yang bakal dilakukan oleh Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak dalam mencorakkan taktikal untuk terus memberi tekanan kepada pelawat.

"Kami juga menyeru agar rakan-rakan penyokong lain akan sama-sama turun memenuhkan Darul Aman untuk memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan kita ini,"katanya.

Artikel Berkaitan: