PDRM sedia bantu SPRM kes menantu Muhyiddin

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung permohonan Notis Merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya memberikan kerjasama melibatkan bantuan kepada SPRM.

"Kerjasama dengan pihak SPRM, kita akan bantu apa sahaja, itu tidak jadi masalah antara agensi sesama agensi," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, pada Khamis.

SPRM sebelum ini dilaporkan akan memohon Notis Merah Interpol terhadap menantu Muhyiddin dan seorang lagi individu yang dipercayai melarikan diri dalam kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki berkata, permohonan itu akan dilakukan dengan bantuan PDRM dalam masa terdekat.

Individu pertama yang dicari SPRM ialah Muhammad Adlan Berhan, 48, dengan alamat terakhir di Lot 65, Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A Desa Sri Hartamas, manakala, seorang peguam, Mansoor Saat, 69, beralamat terakhir di 5 Jalan SS19/1C Subang Jaya, Selangor.

Bagaimanapun, Muhammad Adlan dalam satu kenyataan melalui peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu menafikan beliau lari daripada pihak berkuasa dan menyatakan akan pulang ke tanah air bagi membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN:SPRM minta JIM beku pasport menantu Muhyiddin

SPRM kesan dua individu termasuk menantu Muhyiddin

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin enggan ulas status menantu dicari SPRM

Muhyiddin dicabar dedah lokasi menantu, bantu siasatan SPRM

Menantu Muhyiddin nafi larikan diri ke luar negara - Peguam

Ahmad Zahid cabar Muhyiddin minta menantu pulang

Dakwaan rasuah: Menantu Muhyiddin tak perlu lari jika tidak bersalah

SPRM minta JIM beku pasport menantu Muhyiddin