Azizulhasni gagal misi raih podium kejohanan berbasikal trek dunia

Azizulhasni gagal melangkah ke peringkat akhir saingan keirin elit lelaki Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland pada Rabu. Foto Bernama
Azizulhasni gagal melangkah ke peringkat akhir saingan keirin elit lelaki Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang gagal melangkah ke peringkat akhir saingan keirin elit lelaki Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland pada Rabu.

Laluan pelumba berusia 35 tahun itu tersekat, selepas beliau menamatkan aksi saringan pertama pusingan separuh akhir di kedudukan keempat, demikian menurut laman sesawang rasmi kejohanan UCI;www.uci.org.

Hanya tiga pelumba terpantas setiap saringan, akan mara ke aksi final.

Terdahulu, Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman, mara ke pusingan separuh akhir selepas berjaya menempatkan diri selaku empat pelumba terpantas pada peringkat suku akhir. - Bernama

Artikel Berkaitan: