Isu tunggakan gaji punca gaduh, tujuh lelaki ditahan

Pergaduhan yang tular menerusi media sosial itu menyebabkan seorang lelaki cedera pada bahagian tangan akibat dilanggar oleh kenderaan dipandu seorang lelaki lain.
Pergaduhan yang tular menerusi media sosial itu menyebabkan seorang lelaki cedera pada bahagian tangan akibat dilanggar oleh kenderaan dipandu seorang lelaki lain.
A
A
A

SIBU - Tujuh lelaki tempatan ditahan susulan satu pergaduhan dipercayai berpunca daripada masalah tunggakan gaji di pekan Machan, Kanowit, kira-kira 46 kilometer dari sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintenden Tega Bilong berkata, lima daripada mereka ditahan pada 6.30 petang, Selasa manakala dua lagi ditahan pada 11 pagi, Rabu.

"Kesemua suspek berusia 20 hingga 45 tahun direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pergaduhan yang tular menerusi media sosial itu berlaku kira-kira 4.30 petang dengan menyebabkan seorang lelaki cedera pada bahagian tangan akibat dilanggar oleh kenderaan dipandu seorang lelaki lain.

Katanya, pihaknya menerima laporan kejadian pada 2.45 petang dan 3.15 petang, Selasa daripada kedua-dua pihak yang terlibat.

Tega menafikan bahawa kes tersebut melibatkan unsur perkauman seperti yang ditularkan dalam media sosial sekali gus memberi jaminan satu siasatan yang telus dan teliti akan dilakukan segera.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan sebarang spekulasi berkaitan kes itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: