Sasar penduduk Bangi sumbang RM2 juta untuk adik Sufi Syafrina

Syahredzan (kiri) menziarahi bayi berkenaan di kediamannya di Kampung Sungai Kantan pada Rabu.
Syahredzan (kiri) menziarahi bayi berkenaan di kediamannya di Kampung Sungai Kantan pada Rabu.
A
A
A

KAJANG - Pejabat Parlimen Bangi menyasarkan kutipan dana berjumlah RM2 juta daripada penduduk di kawasan itu bagi membantu bayi berusia tujuh bulan, Sufi Syafrina Mohd Shafiq yang menghidap penyakit jarang jumpa, Atrofi Otot Spina (SMA) Jenis 1.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, dana tersebut bagi menampung kos rawatan suntikan Spinraza yang dapat mengurangkan kemerosotan otot bayi berkenaan.

“Kita percaya boleh capai sasaran RM2 juta dan kita hebahkan kisah adik Sufi Syafrina kepada penduduk menerusi semua aktiviti di kawasan Bangi.

"Penyakit ini jarang ditemui, jadi kos rawatannya sudah pasti mahal dan diharapkan dengan usaha ini dapat membantu pihak keluarga," katanya pada sidang akhbar ketika menziarahi keluarga bayi berkenaan di Kampung Sungai Kantan pada Rabu.

Syahredzan (kiri) bersama bapa Sufi Syafrina, Mohd Shafiq sewaktu sidang akhbar di Kampung Sungai Kantan pada Rabu.
Syahredzan (kiri) bersama bapa Sufi Syafrina, Mohd Shafiq sewaktu sidang akhbar di Kampung Sungai Kantan pada Rabu.

Sinar Harian pada 23 Julai lalu melaporkan kisah anak bongsu daripada tiga beradik itu dan melancarkan Tabung Bantuan Adik Sufi Syafrina bagi mengumpul sumbangan RM9 juta untuk suntikan Zolgensma.

Menurut bapa bayi berkenaan, Mohd Shafiq Idrus, 38, anaknya kini bergantung kepada ubat Risdiplam yang berharga RM40,300 untuk tempoh 35 hari bagi mengekalkan tahap kesihatan selain rawatan bioterapi di Hospital Shah Alam tiga hingga empat kali seminggu.

"Sekarang ubat Risdiplam hampir habis dalam seminggu lagi. Modal nak beli baru pun hanya cukup sebulan dan untuk bulan seterusnya, belum ada," ujarnya yang bekerja di sebuah ladang ternakan lembu.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Sinar Karangkraf bernombor 564276529068 - Tabung Bantuan Sufi Syafrina.

ARTIKEL BERKAITAN: Tabung bantu Sufi Syafrina dilancar

Vincent Tan sumbang RM100,000 buat Sufi Syafrina