Pekerja ladang mengaku salah cuba bunuh isteri

Rethinasamy (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth pada Rabu.
Rethinasamy (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth pada Rabu.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang pekerja ladang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini, atas pertuduhan cubaan membunuh isterinya pada 31 Julai lalu.

Tertuduh, R Rethinasamy, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, Rethinasamy didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Punita Suresh Kumar di sebuah rumah di ladang Mayfield, Tasek Gelugor di sini kira-kira jam 10.30 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sabit kesalahan, tertuduh turut boleh dihukum di bawah kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Wan Amira meminta mahkamah supaya tidak membenarkan sebarang ikat jamin diberikan kepada tertuduh berikutan kesalahan serius yang dilakukan olehnya.

"Pihak pendakwaan membantah sekeras-kerasnya jaminan terhadap orang kena tuduh (OKT) kerana mangsa yang terlibat adalah isterinya dan seperti yang tular di media sosial, tertuduh bertindak membakar isterinya.

Artikel Berkaitan:

“Mangsa kini masih tidak sedarkan diri dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat melecur tahap ketiga di keseluruhan badan,” katanya.

Hakim menetapkan 11 September sebagai tarikh serahan laporan perubatan dan lantikan peguam.

ARTIKEL BERKAITAN:

Wanita melecur dibakar suami

Suspek bakar isteri ditahan

Suami bakar isteri direman enam hari