Suami bakar isteri direman enam hari

Sebelum ini, seorang wanita melecur teruk dipercayai dibakar suaminya menggunakan petrol di rumah mereka di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor selepas berselisih faham antara mereka. Gambar kecil: Mohd Asri
Sebelum ini, seorang wanita melecur teruk dipercayai dibakar suaminya menggunakan petrol di rumah mereka di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor selepas berselisih faham antara mereka. Gambar kecil: Mohd Asri
A
A
A

GEORGETOWN - Lelaki yang didakwa membakar isterinya direman enam hari bermula Jumaat hingga 9 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, permohonan reman tersebut diperolehi daripada mahkamah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

"Kes bakar isteri dibenarkan reman selama enam hari sehingga 9 Ogos ini," katanya ringkas pada Jumaat.

Pada Khamis, suspek yang dipercayai membakar isterinya dengan menggunakan petrol berjaya ditahan di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan pada Khamis.

Suspek berusia 36 tahun ditahan di sebuah rumah di Jalan Bukit Panchor pada jam 1 tengah hari.

Sebelum ini, seorang wanita melecur teruk dipercayai dibakar suaminya menggunakan petrol di rumah mereka di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor selepas berselisih faham antara mereka.

Mangsa yang berusia 35 tahun kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal kerana melecur lebih 27 peratus dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Saksi memaklumkan ternampak lelaki itu telah keluar dari kawasan ladang sawit tersebut dengan menumpang sebuah van kilang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Wanita melecur dibakar suami

Suspek bakar isteri ditahan