Peluang sertai DAP untuk ahli Umno yang insaf

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
A
A
A

GELANG PATAH - DAP masih boleh mempertimbangkan ahli Umno yang keluar daripada parti itu untuk menyertai mereka.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, peluang itu akan diberikan jika ahli Umno itu benar-benar insaf.

"Jika dia insaf dengan apa yang dibuat pada ketika dahulu, tidak salah kita bagi chance (peluang).

"Kita pun memang pernah buat kesilapan, jadi kita boleh beri pertimbangan," katanya ketika diminta mengulas mengenai sekiranya ahli Umno yang bertindak keluar dari parti itu mahu menyertai DAP.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu juga mahu ahli Umno yang mahu menyertai DAP bertaubat selain mengakui bahawa skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah masalah besar kepada negara.

"Mereka mesti bertaubat kerana dahulu mereka menyokong Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan skandal 1MDB sehingga Malaysia dikenali sebagai negara kleptokrasi.

"Ini adalah kesilapan besar dan mereka perlu mengeluarkan kenyataan bahawa telah menyedari kesilapan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Kit Siang berkata, BN tidak berjaya memainkan peranannya sebagai pembangkang yang baik.

Terdahulu, beliau hadir menyempurnakan Kem Pendidikan Kemanusiaan dan Kemajuan Pembangunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Impian Harapan di Dewan Kampung Simpang Arang di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!