'Biar saya tinggal seorang'

Tajuddin bersalaman dengan peserta himpunan aman.
Tajuddin bersalaman dengan peserta himpunan aman.
A
A
A

KUALA KETIL - Ahli Parlimen Pasir Salak memberikan bayangan tidak akan meninggalkan Umno walaupun ramai pemimpin parti itu keluar menyertai Bersatu.

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, tindakan itu tidak akan dibuat walaupun hanya beliau berada dalam Umno.

"Biar saya tinggal seorang, kita tidak akan tinggalkan penyatuan ini.

"Saya sedari betapa perlunya penyatuan Pas, Umno, orang Melayu beragama Islam," katanya dalam Himpunan Aman Kebangkitan Rakyat di padang awam Kuala Ketil hari ini.

Tajuddin berkata, sebagai langkah pertama ke arah penyatuan itu, beliau menganjurkan Himpunan Melayu Bangkit pada 1 September lalu di Pasir Salak.

"Tidak ramai hadir, hanya 10,000 orang. Alhamdulillah selepas itu, Himpunan Perpaduan Ummah di mana Orang Melayu Islam, Pas dan Umno di Pasir Salak seramai 50,000 orang berhimpun bersama-sama," katanya.

Beliau berkata, atas kesedaran penyatuan ummah, Pas dan Umno dapat disatukan walaupun dahulu kedua parti itu berlainan hala tuju.

Artikel Berkaitan: