Posisi dan kecederaan mangsa sukar dilihat

Mohammad Hamdan Wahid
Mohammad Hamdan Wahid
A
A
A

SHAH ALAM - Kenderaan yang dipasang cermin gelap tanpa had apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya menyumbang kepada peningkatan risiko tahap kesukaran pasukan bomba dalam operasi menyelamat.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, disebabkan cermin gelap wujud kemungkinan usaha melihat dan mengenal pasti posisi mangsa kemalangan sukar.

“Usaha untuk melihat posisi serta keadaan kecederaan mangsa dalam kereta terlibat kemalangan akan menghadapi sedikit kesukaran kepada anggota penyelamat.

“Namun dengan pemasangan cermin gelap ini sama ada cermin masih boleh dipecah untuk kerja-kerja menyelamat mangsa terperangkap kemalangan jalan raya? jawapannya ialah ia masih boleh dilakukan kerana alat kecil dan besar yang digunakan untuk kerja glass management masih boleh berfungsi dengan baik,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohamad Hamdan berkata, bomba semasa respon kepada kes kemalangan jalan raya, ketika mengendalikan kerja-kerja operasi menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan, penyelamat akan melaksanakan beberapa kaedah umpilan, regangan serta bukaan.

“Ini termasuk glass management atau pengurusan cermin iaitu memecah dan membersihkan kekisi cermin tajam seterusnya membolehkan urusan pengeluaran mangsa daripada terperangkap.

“Peralatan untuk memecah cermin ini terdiri daripada beberapa kategori, jenis besar ia menggunakan hydraulic cutter, spreader dan jenis ramming edge.

Jenis kecil ialah CG Cutter, atau breaker yang berbentuk pen tetapi ada mata tajam di hujungnya,” kata beliau.

Artikel Berkaitan: