Buang bayi dalam mesin basuh

Anggota penyelamat menunjukkan mesin basuh di mana bayi itu ditemukan.
Anggota penyelamat menunjukkan mesin basuh di mana bayi itu ditemukan.
A
A
A

KRABI - THAILAND.Seorang bayi lelaki berusia lima hari ditinggalkan dalam mesin basuh layan diri di Krabi, Thailand sebelum ditemukan selamat oleh seorang pemilik kedai.

Sangduen Khaorueng, 47, berkata dia menutup kedainya sejak Jumaat lalu untuk menghadiri urusan perniagaan.

Seorang bayi lelaki ditemukan dalam sebuah mesin basuh layan diri di bandar Krabi.
Seorang bayi lelaki ditemukan dalam sebuah mesin basuh layan diri di bandar Krabi.

Sekembalinya ke kedai pada Isnin lalu, Sangduen terdengar suara tangisan bayi yang disangka dari rumah jiran.

Namun, andaian itu salah apabila tangisan tersebut datang dari salah satu mesin basuh di kedainya.

"Saya jenguk ke dalam mesin basuh dan terkejut apabila menemukan seorang bayi yang berbalut dengan tuala dan masih mempunyai tali pusat," katanya.

Difahamkan, bayi itu kini dalam jagaan pihak hospital namun bayi terbabit akan diserahkan kepada rumah anak yatim jika keluarganya gagal dikesan. - Dailymail

Artikel Berkaitan: