'Kelantan tak perlu khidmat Husam': Mohd Amar

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU – Naib Presiden Amanah, Husam Musa tidak perlu menawarkan diri untuk menjadi orang tengah kerana kerajaan negeri hanya berpegang kepada janji Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tidak ada sebab kerajaan perlu bergantung kepada khidmat Husam kerana beliau tidak dilantik sebagai menteri.

Menurutnya, memadai dengan janji yang dibuat pihak Kerajaan Persekutuan menerusi Dr Mahathir dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi penyelesaian tuntutan royalti petroleum tersebut.

“Apa dia (Husam) boleh buat apa sebab dia bukan menteri, lagi pun buat apa nak guna orang tengah sebab sekarang adalah kita menunggu proses pembayaran.

“Dr Mahathir dan Azmin sudah berikan komitmen dalam perkara itu dan orang lain tidak perlu campur tangan.

"Cukuplah kita pegang kata-kata Perdana Menteri, kerana manusia dipegang pada janjinya," katanya pada sidang akhbar Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Sebelum ini, Husam yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan tuntutan royalti petroleum antara kerajaan negeri dan Pusat.

Husam mengulangi tawaran itu selepas mendapati Kelantan masih belum menerima bayaran royalti sedangkan perkara itu yang menjadi agenda utama perjuangannya ketika dalam Pas.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kelantan bakal terima royalti selepas April?