Exco mahu berita palsu isu air dihentikan

Izham(dua,kanan) menyerahkan sumbangan air kepada orang ramai.
Izham(dua,kanan) menyerahkan sumbangan air kepada orang ramai.
A
A
A

KLANG - Kerajaan Selangor membidas perbuatan menyebarkan berita palsu mengenai gangguan bekalan air yang dikatakan memakan masa hampir dua minggu dan sebulan di kawasan-kawasan yang terjejas di sini.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor Izham Hashim berkata, pihaknya membidas kenyataan tersebut yang disifatkan berniat buruk.

"Saya ada membacanya mengenai desas desus kononnya masalah gangguan bekalan air di kawasan terjejas ini akan berlarutan selama dua minggu, ada yang kata sebulan.

"Saya tegaskan ia tak benar sama sekali. Ini perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan sengaja diadakan adakan untuk memberi gambaran dan persepsi yang negatif," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada sidang media di Pusat Khidmat Setempat (PKS), Tapak Parkir, Taman Rakyat, Jalan Tun Dr Ismail, Taman Sri Andalas, Klang di sini.

Izham ketika sidang media di Pusat Khidmat Setempat (PKS), Tapak Parkir, Taman Rakyat, Jalan Tun Dr Ismail, Taman Sri Andalas, Klang di sini.
Izham ketika sidang media di Pusat Khidmat Setempat (PKS), Tapak Parkir, Taman Rakyat, Jalan Tun Dr Ismail, Taman Sri Andalas, Klang di sini.

Katanya, berita palsu tersebut sekali gus semata-mata mahu menimbulkan salah faham.

"Setakat ini Alhamdulillah, sebanyak 44 kawasan sudah menerima bekalan air secara berperingkat, dan baki beberapa kawasan lagi dijangka akan menerima air juga secara berperingkat.

Artikel Berkaitan:

"Saya minta kepada yang sebarkan cerita tak betul macam ni supaya hentikan, tambahan dalam bulan Ramadan sebegini," katanya.

Menurutnya, setakat jam 4 petang tadi, sebanyak 44 kawasan telah menerima air secara berperingkat.

Izham meninjau lori tangki yang membawa air untuk diagihkan kepada orang ramai.
Izham meninjau lori tangki yang membawa air untuk diagihkan kepada orang ramai.

"Segala usaha sedang diambil bagi mempercepatkan pemulihan bekalan.

"Bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air akan terus digerakkan sehingga bekalan air pulih sepenuhnya," katanya.

Jelasnya, dalam masa sama Air Selangor turut mengaktifkan pusat khidmat setempat (PKS) di lokasi terlibat.

"Antaranya PKS Bandar Sultan Sulaiman, Masjid As-Saadah, Lingkaran Sultan Abdul Samad 2, PKS Bandar Parkland, Taman Rekreasi, Jalan Delima 8, PLS Taman Sri Andalas, Tapak Parkir Taman Rakyat, Jalan Tun Dr Ismail dan PKS Batu Belah sebelah AEON Big, Jalan Kapar.

"Kerjasama semua pengguna sepanjang tempoh pemulihan ini amat dihargai, kerajaan negeri dan Air Selangor mengambil segala usaha mempercepatkan pemulihan dan menyalurkan bantuan kepada pengguna," katanya.

#klang Sidang Media EXCO Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor Izham Hashim berkenaan status bekalan air di wilayah Klang ekoran insiden paip utama pecah berhampiran projek lebuhraya West Coast Expressway Banting-Taiping bertempat di Pusat Khidmat Setempat (PKS), Tapak Parkir, Taman Rakyat, Jalan Tun Dr Ismail, Taman Sri Andalas, Klang. LAPORAN MOJO MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Wednesday, May 8, 2019