X

Kindly register in order to view this article
!

Ribut debu tukar siang jadi malam di Australia

Fenomena ribut debu itu biasanya berlaku ketika musim panas.
A
A

CANBERRA - AUSTRALIA. Ribut debu yang biasanya berlaku ketika musim panas melanda sebuah bandar kecil di barat laut Victoria di Australia telah menukar keadaan sekitarnya menjadi malam.

Ribut merah yang turut membawa angin kencang itu berjaya dirakamkan Biro Meteorologi (BOM) ketika ia melepasi Lapangan Terbang Mildura pada jam 5 petang (waktu tempatan) semalam.

Tahap penglihatan dilaporkan juga merosot ketika kejadian itu.

Lisa Guarnaccia yang sedang memandu ke Mildura turut menyaksikan fenomena tersebut.

"Saya dapat melihat langit berubah warna secara tiba-tiba dan cuaca agak berangin.

Langit terus menjadi gelap dan jarak penglihatan hanya beberapa ratus meter. Fenomena itu sangat menakutkan," katanya.

Difahamkan, langit kembali cerah kira-kira 20 minit kemudian.

Sementara itu, peramal cuaca kanan BOM, Dean Stewart memaklumkan keadaan cuaca itu adalah agak luar biasa pada tahun ini.

Menurut 9news, ia adalah ribut debu terburuk pernah berlaku di Mildura dalam tempoh 40 tahun.

"Ia adalah fenomena kitaran yang biasa berlaku ketika musim panas dan kering yang membawa angin dan debu melebihi 30 kilometer sejam dari barat ke timur. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!