Remaja maut langgar tiang lampu

Remaja maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Pohon Batu, Kampung Lajau, Labuan pada awal pagi Selasa. - Foto FB Jabatan Penerangan WP Labuan
Remaja maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Pohon Batu, Kampung Lajau, Labuan pada awal pagi Selasa. - Foto FB Jabatan Penerangan WP Labuan
A
A
A

LABUAN - Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Pohon Batu, Kampung Lajau di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Labuan, Superintenden Hamizi Halim berkata, dalam kejadian kira-kira dua pagi itu, Mohamad Ruhaifan Mahadi, 18, dipercayai dalam perjalanan dari arah bandar ke Pohon Batu ketika hilang kawalan, dan telah tercampak dari motosikalnya.

Beliau berkata, mangsa ditemukan di atas jalan raya oleh orang awam, yang kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

"Mohamad Ruhaifan disahkan meninggal dunia pada 8.35 pagi,” katanya.

Hamizi berkata, kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu, untuk menghubungi polis di 087-412313 bagi membantu siasatan. - Bernama