Ecuador: Datuk Bandar maut dalam serangan bersenjata

Datuk Bandar Manta di Ecuador, terbunuh dalam serangan bersenjata. - Gambar hiasan
Datuk Bandar Manta di Ecuador, terbunuh dalam serangan bersenjata. - Gambar hiasan
A
A
A

HAVANA - Datuk Bandar Manta di Ecuador, terbunuh dalam serangan bersenjata, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa pada Ahad.

Punca serangan itu belum dapat dipastikan.

Menteri Dalam Negeri, Juan Zapata dalam akaun Twitternya berkata, dua maut dalam serangan itu termasuk Datuk Bandar, manakala empat lagi cedera.

Dua yang cedera kini dalam tahanan polis di sebuah klinik kerana disyaki terlibat dalam serangan itu. Pejabat pendakwa raya melaporkan satu tangkapan dibuat.

Identiti mangsa kedua yang maut tidak didedahkan, tetapi menurut laporan media mangsa seorang wanita.

Intriago ditembak pada awal petang Ahad ketika melawat tapak projek pembinaan.

Menurut laporan, beberapa lelaki tiba di tapak pembinaan itu dengan menaiki sebuah kenderaan dan melepaskan tembakan.

Intriago dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Manta ialah sebuah bandar pelabuhan di Lautan Pasifik dengan lebih daripada 200,000 penduduk.

Negara Amerika Selatan itu mengalami gelombang keganasan, terutama dikaitkan dengan sindiket dadah.

Pada tahun lepas, kadar pembunuhan di negara itu dicatatkan kira-kira 25 pembunuhan bagi setiap 100,000 penduduk, antara yang tertinggi dalam kalangan negara di Amerika Latin. - Bernama