Rafizi dakwa Sanusi kini tak tidur lena

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli (tengah) melayan seorang penyokong berswafoto selepas berucap pada Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti, di Padang Awam Taman Wira Mergong di sini malam Rabu.
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli (tengah) melayan seorang penyokong berswafoto selepas berucap pada Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti, di Padang Awam Taman Wira Mergong di sini malam Rabu.
A
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor didakwa kini tidur tidak lena berikutan pendedahan demi pendedahan termasuklah daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap pemimpin Pas tersebut.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, semua perkara yang cuba ditenggelamkan selama ini telah timbul satu persatu dalam ceramah politik.

"Sekarang ini, saya rasa Sanusi pun tidur malam pun tak lena juga. Dia boleh cakap besar depan rakyat ini tapi saya tahu dia tidur malam tak boleh lena.

"Sebab daripada ceramah politik, semua perkara yang cuba ditenggelamkan selama ini dia mula timbul satu persatu satu persatu," katanya.

Rafizi berkata sedemikian ketika berucap pada Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti, di Padang Awam Taman Wira Mergong di sini malam Rabu.

Rafizi memberitahu, Saifuddin pastinya tidak akan membuat sebarang pendedahan sekiranya tidak memiliki fakta yang cukup.

"Saya nak beritahu Sanusi, jikalau kita tidak ada cukup (maklumat) untuk kita bawa sampai dua minggu maksudnya kita tak ada cukup maklumat, kita tak ada cukup fakta, kita takkan buat (pendedahan).

"Jikalau mula lontar, saudara Saifuddin lontar satu (pendedahan) tunggu kamu jawab, maksudnya dia tahu kamu tak boleh jawab sebab dia ada 10 lagi. Jadi saya minta Saifuddin, ada dalam dua minggu lagi bagi sikit-sikit (pendedahan). Kita nak tengok betapa hebatnya 'Hero Malaya'' daripada Pas," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: REE: Saya belum terima kunjungan SPRM - Sanusi

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, ketika mengambil alih Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Perpaduan telah dimaklumkan dari semasa ke semasa bahawa berlaku penyeludupan haram unsur nadir bumi (REE).

"Jadi, ia (REE) jadi isu negara sebenarnya sebab kita tahu nadir bumi ini bukan saja penting dari segi nilai ekonomi, dia juga ada nilai strategik geopolitik kerana negara yang kawal, maka dia adalah negara yang cukup berpengaruh di dunia. Orang kena jaga negara itu.

"Dia sekat sahaja nadir bumi, susah (bagi) negara-negara lain yang memerlukan nadir bumi ini untuk segala aplikasi teknologi, elektronik dan sebagainya.Kita (dapat) tahu antara sumber yang banyak yang menyumbang kepada penyeludupan nadir bumi ini adalah dari Kedah,"katanya.

Beliau berkata, Saifuddin perlu mengambil berat isu nadir bumi demi menghalang penyeludupan haram ini daripada terus berlaku.

"Sebab itu, dia tahu nama (warga) China, tak kira siapa pasport semua, semua dia tahu. Bukan sebab dia nak hukum Sanusi. Bukan sebab nak cari salah dengan Pas. Ini masalah negara," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Polis rekod keterangan Guan Eng, Abdul Hadi isu 3R

Polis ambil keterangan Dr Mahathir

Kertas siasatan kes Tun M dirujuk ke Pejabat Peguam Negara

Sanusi hilang status MB, kerusi ADUN jika bersalah