Trump dakwa dirinya sasaran siasatan juri

Trump - Foto Reuters
Trump - Foto Reuters
A
A
A

BEKAS Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa beliau menerima surat daripada Penasihat Khas, Jack Smith yang menyatakan bahawa beliau adalah sasaran siasatan juri dalam usaha untuk membatalkan kekalahan dalam Pilihan Raya Presiden 2020 beliau.

Surat tersebut merupakan petanda yang paling jelas sehingga kini bahawa Trump, calon utama untuk pencalonan Presiden Parti Republikan pada tahun 2024, mungkin akan menghadapi pertuduhan jenayah persekutuan berhubung usahanya untuk terus berkuasa selepas kalah dalam pilihan raya kepada Joe Biden.

Beberapa orang pegawai kerajaan telah memberi keterangan bahawa semasa beberapa bulan terakhir memegang jawatan tersebut, Trump mendesak mereka dengan tuduhan palsu mengenai penipuan pengundi secara meluas.

Malahan lapor media antarabangsa, penyokong-penyokongnya menyerang Capitol pada 6 Januari 2021 untuk menghentikan Kongres mengesahkan kemenangan Biden.

"Smith menghantar surat (sekali lagi, pada malam Ahad!) yang menyatakan bahawa saya adalah sasaran siasatan juri pada 6 Januari," tulis Trump di laman media sosial Truth Social miliknya.

Memetik laporan Reuters, peguam belanya tidak dapat dihubungi untuk memberi komen. Jurucakap pejabat Smith juga enggan memberikan sebarang kenyataan.

Ini adalah salah satu daripada beberapa perkembangan dalam pelbagai siasatan jenayah mengenai usaha Trump dan sekutunya untuk membatalkan kekalahan dalam pilihan raya.

Peguam Negara Michigan, Dana Nessel, pada Selasa mengumumkan pertuduhan jenayah terhadap 16 penyokong Trump yang didakwa mengemukakan senarai penasihat palsu dalam usaha untuk membatalkan kekalahan beliau di negeri itu pada tahun 2020.

Seorang pendakwa di Georgia sedang menyiasat usaha sedemikian di negeri itu.

Masalah undang-undang yang dihadapi Trump sehingga kini gagal menghalang usahanya untuk memenangi pencalonan Parti Republikan pada tahun 2024.

Kepimpinan beliau dalam tinjauan pendapat telah meluasa dalam beberapa bulan terakhir, dengan dakwaan tanpa bukti bahawa prasangka berat sebelah yang membantu menambah sokongan dalam kalangan penyokong beliau.

Semasa temu bual bersama Fox News pada Selasa, Trump melemparkan kritikan peribadi pada Smith sambil mendakwa, tanpa bukti, bahawa pendakwa raya tersebut membantu Biden.

"Individu ini adalah seorang pendakwaraya yang gila," kata Trump, merujuk kepada Smith. "Dia seorang manusia yang keji dan ngeri."

Terdahulu, Trump mengaku tidak bersalah di Mahkamah Miami atas 37 pertuduhan menyimpan dokumen sulit kerajaan.

Trump didakwa menyimpan maklumat sulit dan penting kerajaan serta enggan mengembalikannya kepada pihak berkuasa.

Tuduhan ini menjadikan Trump sebagai bekas Presiden AS pertama dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan jenayah. - Awani