Laungan takbir, 'hidup Sanusi' bergema di Kedah

Muhammad Sanusi (tengah) disambut orang ramai di balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada Selasa.
Muhammad Sanusi (tengah) disambut orang ramai di balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR - Lebih 1,000 orang berkumpul di balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, dekat sini untuk menyambut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada petang Selasa.

Mereka hadir seawal jam 3 petang untuk memberikan sokongan kepada Ketua Pengarah Pilihan raya Perikatan Nasional tersebut yang telah didakwa atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor.

Laungan takbir dan 'hidup Sanusi' bergema mengiringi ketibaan Sanusi yang keluar dari balai ketibaan pada jam 4.30 petang.

Hadir sama adalah beberapa pemimpin Kerajaan Negeri dan parti Pas termasuk Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya; Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad; Ketua Penerangan Pas Kedah, Mohd Azam Abd Samat dan isteri Muhammad Sanusi, Tok Puan Jusmalailani Jusoh.

Beberapa Ahli Parlimen juga hadir antaranya Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden dan Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid.

Pada pagi Selasa, Muhammad Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua tuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lalu.

Nurul Amin dalam reaksinya berkata, kehadiran ramai rakyat yang menyambut Menteri Besar Kedah itu membuktikan mereka turut terkesan dengan apa yang menimpa pemimpin tersebut.

Sanusi hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua tuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan.
Sanusi hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua tuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan.

"Timbul pelbagai persoalan di kalangan rakyat kerana pendakwaan yang dikenakan terhadap MB Kedah begitu cepat dan kehadiran ramai rakyat di Lapangan Terbang Ini membuktikan ramai yang berada di belakang beliau," katanya

Sementara itu, seorang anak muda, Muhammad Arif Harun, 23, dari Telaga Mas, Pokok Sena mengakui hadir untuk memberikan sokongan kepada Muhammad Sanusi.

Dia sanggup datang bersama lapan kawannya pada jam 3.30 petang dengan menaiki motosikal.

"Kami anak muda sokong MB Kedah kerana beliau adalah seorang pemimpin yang bersungguh-sungguh membuat kerja untuk negeri Kedah," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah