Remaja lelaki didakwa bunuh adik

Remaja lelaki berusia 14 tahun didakwa di Mahkamah Majsitret di Melaka, pada Selasa.
Remaja lelaki berusia 14 tahun didakwa di Mahkamah Majsitret di Melaka, pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa, atas tuduhan membunuh adik kandungnya.

Tertuduh yang juga anak sulung berusia 14 tahun hanya menunduk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kematian terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 11.30 pagi hingga 12.35 tengah hari di Jalan Bukit Piatu, Kampung Bukit Piatu di sini, pada 5 Julai lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 22 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh diarahkan dihantar ke Hospital Permai.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipercayai dicekik oleh abang sulungnya dalam kejadian jam 12 tengah hari, di Kampung Bukit Piatu.

Jiran mangsa yang juga saksi kejadian, Qhurun Ain Johani, 31, berkata, dia mengetahui insiden itu apabila dihubungi ibu mangsa yang memaklumkan anak sulung dari empat beradik itu sedang mencekik adiknya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 14 tahun direman selama tujuh hari bermula Khamis hingga 12 Julai dan kemudian disambung reman selama tujuh hari.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kanak-kanak 9 tahun maut dicekik abang

Remaja cekik adik hingga maut direman pagi ini

Adik maut dicekik: Abang mangsa buli di asrama

Remaja cekik adik hingga maut tiada masalah disiplin - Polis

Remaja cekik adik: Pengetua dipanggil beri keterangan