Remaja cekik adik hingga maut direman pagi ini

Polis akan memohon perintah reman hari ini terhadap remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya sehingga maut.
Polis akan memohon perintah reman hari ini terhadap remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya sehingga maut.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Polis akan memohon perintah reman hari ini terhadap remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Bukit Piatu, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh, kira-kira pukul 10 pagi.

“Suspek merupakan anak sulung kepada empat beradik, juga seorang pelajar sekolah Arab yang tidak mempunyai sebarang rekod disiplin.

“Permohonan reman akan dibuat dan suspek kini ditahan bagi mengetahui motif kejadian dan membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan,” katanya.

Dalam kejadian semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas dipercayai dicekik di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, insiden malang menimpa kanak-kanak berkenaan disedari oleh ibunya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di ruang tamu dengan kesan kecederaan di bahagian muka, hidung dan leher.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak 9 tahun maut dicekik abang

Adik maut dicekik: Abang mangsa buli di asrama

Remaja cekik adik, tidak ada masalah disiplin - Polis