Pelajar Tingkatan Lima maut

Motosikal mangsa yang rosak di bahagian depan setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan TIAJ 1/4 petang tadi.
Motosikal mangsa yang rosak di bahagian depan setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan TIAJ 1/4 petang tadi.
A
A
A

ALAM JAYA - Seorang pelajar Tingkatan Lima maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dengan sebuah lori di Jalan Taman Alam Jaya 11, Taman Industri Alam Jaya (TIAJ) di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, M Vimalan, 17, yang menunggang motosikal jenis Yamaha SS110 dipercayai dalam perjalanan Alam Jaya dari Puncak Alam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab menjelaskan, bagaimanapun mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian sisi kiri sebuah lori.

"Mangsa dikatakan datang dari sebelah kiri Jalan TIAJ 1/4 dan tidak berhenti di simpang empat terbabit lalu berlaku pelanggaran itu.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

"Hasil bedah siasat di Unit Forensik Hospital Tanjong Karang mendapati punca kematian adalah kecederaan parah di bahagian kepala akibat kemalangan terbabit.

"Manakala pemandu lori jenis Hino300 yang berusia 45 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Katanya, kenderaan yang terlibat dalam kemalangan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk pemeriksaan Puspakom.

Artikel Berkaitan:

"Motosikal mangsa mengalami kerosakan pada bahagian hadapan manakala lori mengalami kerosakan kemek pada bahagian sisi sebelah kiri.

"Kes ini masih disiasat Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kuala Selangor, Inspektor Che Mohd Shah Che Hussin.

Md Asri menjelaskan, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian masih dicari untuk membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran atau terus ke IPD Kuala Selangor untuk membantu siasatan," katanya.