Dadah: Tangkapan di Terengganu meningkat

ALLAUDEEN ABDUL MAJID
ALLAUDEEN ABDUL MAJID
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah tangkapan melibatkan kes dadah di Terengganu meningkat kepada 3,822 individu dalam tempoh empat bulan bermula 1 Januari hingga 1 Mei tahun ini, berbanding 3,356 tangkapan dalam tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, jumlah tangkapan itu melibatkan tangkapan bekalan, tangkapan memiliki dan tangkapan positif dadah menerusi ujian urin.

Menurutnya, seramai 432 ditahan melibatkan tangkapan bekalan, 1,107 tangkapan memiliki dan 2,283 ditahan kerana positif ujian urin.

“Tangkapan berdasarkan positif ujian urin tahun ini menunjukkan peningkatan 1,096 individu menjadikan jumlah ditahan seramai 2,283 individu.

“Ia menunjukkan peningkatan ketara berbanding statistik yang direkodkan pada tahun lalu iaitu seramai 1,887 individu yang positif ujian dadah.

“Berdasarkan statistik yang direkodkan, terdapat peningkatan sebanyak 466 individu yang ditahan dengan jumlah nilaian keseluruhan rampasan pelbagai jenis dadah berjumlah RM1.1 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat beberapa jenis dadah yang paling tinggi dirampas antaranya pil kuda, heroin, syabu, daun ketum dan lain-lain.

“Dari segi tangkapan berdasarkan lokasi, Kuala Terengganu merupakan daerah yang mencatat kadar tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 902 individu setakat ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: