Elon Musk lancar syarikat permulaan AI

Elon Musk
Elon Musk
A
A
A

SAN FRANCISCO - Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan pemilik Twitter, Elon Musk pada Rabu berkata, beliau akan melancarkan syarikat permulaan kecerdasan buatan (AI) yang dipanggil xAI untuk "memahami realiti", lapor Xinhua.

Di laman sesawangnya syarikat itu berkata, xAI adalah syarikat berasingan daripada X Corp milik Musk, tetapi akan bekerjasama rapat dengan X (Twitter), Tesla dan syarikat lain untuk merealisasi misi.

Beberapa pasukan yang diketuai Musk mengusahakan chatbot GPT-3.5 dan GPT-4 OpenAI, menurut laman sesawang itu.

Musk adalah pelabur awal dalam OpenAI dan sebahagian daripada anggota lembaga syarikat tetapi meninggalkan syarikat itu itu pada 2018.

Syarikat itu juga mengambil jurutera daripada syarikat teknologi terkemuka lain, termasuk Google Research dan Microsoft Research. - Bernama