Teacher Sufina tak kedekut ilmu

Niat bantu suri rumah, ibu tunggal dan belia jana pendapatan di platform media sosial

No Image Caption
A
A
A

**media[2263525]**

KUALA LUMPUR - Menyedari peluang menjana pendapatan semakin kompetitif, seorang usawahan yang juga merupakan pempengaruh dan TikTok Guru, Wan Fatin Sufina Wan Ahmad, 49, mula menerokai pelantar media sosial tersebut secara serius.

Pada peringkat awal, Wan Fatin Sufina atau lebih dikenali dengan nama alam maya sebagai Teacher Sufina agak janggal menggunakan pelantar media sosial berkenaan.

“Sebagai usahawan, saya wajar peka dengan elemen pemasaran di pelantar media sosial. Jika sebelum ini Facebook dan Instagram (IG) merupakan pilihan yang terbaik, kini dengan kewujudan TikTok ia merupakan pilihan paling efisien khususnya memasarkan produk dan perkhidmatan yang baru.

“Selain mesra pelayar (pengguna), usahawan dan sesiapa sahaja yang ingin menambah pendapatan mahupun menjadikan pelantar tersebut sebagai pendapatan utama, mereka perlu mempunyai ilmu serta kaedah menggunakannya dengan efisien,” jelas Teacher Sufina yang turut mempunyai sijil akreditasi Jurulatih daripada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

WAN FATIN SUFINA
WAN FATIN SUFINA

Menurut beliau lagi, setiap pengguna TikTok perlu mewujudkan pengkhususan atau ‘niche’ dalam setiap video yang dikongsikan kepada khalayak.

Ini kerana pengkhususan yang unik dalam pembikinan video dapat menarik pelanggan-pelayar yang mempunyai minat yang sama dan membolehkan pelayar baru mempunyai minat untuk menonton video yang dikongsikan sehingga habis.

“Contohnya jika anda seorang yang menjual produk kecantikan, anda wajar mengambil tahu apakah fungsi, kebaikan dan ramuan yang terdapat di dalam produk tersebut yang dapat menyelesaikan pelbagai masalah kecantikan yang dihadapi oleh pelanggan,” jelas Teacher Sufina yang sememangnya gemar mengajar, melatih dan berkongsi pengetahuan dengan para peserta yang sering mengikuti bengkel dan seminar yang dikendalikan beliau.

Selepas menamatkan pembelajaran di Institut Teknologi Mara (UiTM), Teacher Sufina bekerja dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia (HR), namun jiwa keusahawanan beliau meronta-ronta untuk terjun ke dalam bidang tersebut.

“Pelbagai jenis perniagaan telah saya ceburi dan oleh kerana tiga anak saya sudah dewasa (berusia 25 hingga 18 tahun), saya kini lebih fokus menjayakan pelbagai seminar dan bengkel melibatkan tadbir urus dan pendekatan kreatif dalam TikTok.

Jelas Teacher Sufina lagi, beliau bersedia untuk berkongsi ilmu dengan niat untuk membantu golongan suri rumah, ibu tunggal dan belia yang mahu mencari pendapatan atau menambah rezeki melalui platform media sosial.

"Saya sedar dengan perubahan gaya hidup, kenaikan kos sara hidup dan kekangan kewangan, ramai yang mahu mencari rezeki tambahan bagi menyara keluarga.

"Jadi, saya melihat platform Tiktok ini ada bermacam-macam potensi untuk mereka cari pendapatan tetap atau sampingan. Jadi, saya tak lokek untuk berkongsi ilmu bagi bantu mereka berjaya," katanya.

Sementara itu, jelasny ramai TikTok guru atau Guru Pemasaran hanya mencadangkan mengguna pelantar media sosial TikTok untuk tujuan pemasaran, tetapi tidak mengajar bagaimana ia dilaksanakan.

Teacher Sufina yang sememangnya gemar mengajar, melatih dan berkongsi pengetahuan dengan para peserta yang sering mengikuti bengkel dan seminar yang dikendalikan beliau.
Teacher Sufina yang sememangnya gemar mengajar, melatih dan berkongsi pengetahuan dengan para peserta yang sering mengikuti bengkel dan seminar yang dikendalikan beliau.

Sebagai contoh aspek teknikal antaranya konsep cerita yang diketengahkan, pembikinan video yang kreatif dan elemen-elemen yang membolehkan setiap perkongsian mendapat For Your Page (FYP) atau tular,” jelasnya.

Menurut Teacher Sufina lagi, masalah yang sering membelenggu usahawan baharu ialah mereka kurang mahir membuat pengambaran dan menyunting video yang ingin dikongsikan di akaun TikTok masing-masing.

“Saya tekankan kepada mereka agar cuba mempelajarinya secara konsisten dan mempunyai minat yang tinggi. Selain peralatan asas iaitu telefon pintar yang mempunyai kapasiti yang bagus, peralatan lain seperti perakam suara (mic) dan tripod-penstabil kamera juga perlu diambil kira selain idea “gila” dan kreatif.

Apabila guna lagu-muzik yang sedang viral, ianya membantu video disebarkan ke audien yang lebih besar, sekali gus mendapat jumlah tontonan yang tinggi. Penggunaan lagu-muzik yang mengikut trend juga adalah salah satu cara untuk pemasaran produk kerana ianya memberikan pendedahan atau keterlihatan yang diperlukan,” ujarnya.

Antara sesi Coaching seminar-bengkel yang dijayakan oleh beliau ialah program Gadis Inspirasi Selangor, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Perbadanan Usahawan Johor, Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian & Keusahawanan Melaka, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Jabatan Penerangan, Amway dan DIGI.

Sebagai rekod, ramai pemilik akaun TikTok kini menjana pendapatan tetap dari pelantar berkenaan secara tetap. Terdapat suri rumah berjaya memperoleh RM1 juta jualan dengan keuntungan lebih RM100,000 hasil selepas tujuh bulan menjana pendapatan melalui TikTok Affiliate.

TikTok Affiliate membuka ruang dan peluang kepada pengguna pelantar media sosial tersebut tanpa perlu memiliki produk sendiri. Malah mereka juga dapat menjana pendapatan tanpa menggunakan modal yang tinggi menerusi TikTok Affiliate.