Isu 3R: 'Ini amaran terakhir daripada kerajaan' - PM

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan memberi amaran terakhir pada mana-mana pihak yang memainkan sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum) sehingga melanggar undang-undang dan mencabar perlembagaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu mengatasi kepentingan mana-mana pihak dan melibatkan soal keselamatan negara.
"Ini mengatasi kepentingan kerana orang-orang tertentu merasakan kedudukan mereka terlalu tinggi dan hebat, tidak mungkin terdakwa atau tercabar.
"Negara tidak boleh begitu. Kita tidak boleh pandang dan pilih kedudukan, pangkat, keturunan atau kekayaan.