Petani Jepun cipta tembikai masam manis

Tembikai masam manis yang berjaya dicipta petani Jepun. - Agensi
Tembikai masam manis yang berjaya dicipta petani Jepun. - Agensi
A
A
A

TOKYO - Kebiasaannya semua buah tembikai dipasarkan di seluruh dunia mempunyai isi manis, namun kali berbeza apabila sebuah syarikat hortikultur di Jepun berjaya menghasilkan buah jenis sama tetapi mempunyai rasa masam manis seperti lemon.

News oddity Central melaporkan, syarikat Suntory Flowers dilaporkan membuat kajian selama lima tahun untuk mencipta buah tembikai lemon di mana mereka membiaknya dari benih yang diimport dari luar negara.

Difahamkan proses tersebut membabitkan ratusan percubaan dan kesilapan yang memakan masa hampir lima tahun.

Semasa tempoh itu, pakar cantuman melakukan eksperimen secara meluas dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk kaedah penanaman dan tempoh menuai.

Produk akhir yang diadun dengan lemon sebenar, akhirnya tercipta lah buah tembikai yang berjus tetapi sedikit masam, sekali gus sesuai dijadikan santapan untuk dinikmati semasa musim panas.

Ciri-ciri buah ini dikatakan masih mempunyai bentuk seperti tembikai, tetapi kulitnya tidak mempunyai jalur dan belang, isinya berwarna putih serta bentuknya seperti tembikai Yubari.

Teksturnya mirip seperti buah pir, tetapi lembut apabila sudah masak atau matang.

Namun, pada masa ini hanya terdapat lima petani di Hokkaido sedang mengusahakan ladang tembikai lemon ini dan mereka dijangka menanam kira-kira 3,800 pokok sama pada tahun ini.

Tembikai tersebut telah dijual di pasar raya Jepun dengan harga 3,220 yen (RM102) sebiji. - Agensi