Salwan Momika 'tali barut' Mossad?

Salwan melakukan tindakan biadab yang menyinggung perasaan Muslim seluruh dunia itu dengan mendapat kebenaran pihak berkuasa Sweden pada 28 Jun lalu. - Foto Agensi
Salwan melakukan tindakan biadab yang menyinggung perasaan Muslim seluruh dunia itu dengan mendapat kebenaran pihak berkuasa Sweden pada 28 Jun lalu. - Foto Agensi
A
A
A

TEHERAN - Kementerian Risikan Iran mendakwa pelarian Iraq yang bertindak biadab mencemari kesucian al-Quran di luar sebuah masjid utama di ibu kota Sweden ketika sambutan Aidiladha pada bulan lalu merupakan 'tali barut' Mossad yang merupakan agensi risikan Israel.

"Salwan Momika yang lahir di Baghdad pada 1986 'diupah' Mossad pada 2019. Dia 'terkenal' di negara asalnya berdasarkan rekod jenayah lampau dan dialu-alukan oleh rejim Zionis pada masa tersebut.

"Selepas direkrut oleh Mossad, Salwan mula memainkan peranan utama untuk mengintip gerakan penentangan dan meneruskan rancangan memecahbelahkan Iraq," ujar kementerian itu pada Isnin.

Menurutnya, sebagai 'ganjaran' atas pengkhianatannya kepada tanah air dan komuniti Islam, individu berfahaman ateis itu kemudiannya diberikan tempat tinggal di Sweden atas bantuan rejim Zionis.

"Salwan kemudiannya terlibat dengan beberapa 'misi' mengikut persekitaran baharu di Stockholm.

"Salah satu misinya adalah untuk mengalih perhatian antarabangsa terhadap kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin di wilayah diduduki di Tebing Barat dengan tindakan melampaui batas iaitu membakar al-Quran," jelasnya.

Menurutnya lagi, rancangan jahat rejim Zionis yang mahu mencetuskan propaganda media di seluruh dunia tampaknya berjaya.

"Komuniti antarabangsa hanya mendiamkan diri ketika kempen pencerobohan dilancarkan di Jenin beberapa hari kemudian.

"Tumpuan lebih diberikan kepada insiden bakar al-Quran. Ia adalah rancangan biasa rejim Zinois yang melakukan 'projek jenayah' lain untuk mengaburi mata orang ramai," tambahnya. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bakar al-Quran perbuatan yang keji' - Turki kutuk tindakan Sweden

Arab Saudi kecam, kutuk tindakan bakar al-Quran di Sweden

Malaysia gesa Sweden henti tindakan provokatif bakar al-Quran

Bakar al-Quran: Malaysia kutuk keputusan pihak berkuasa Sweden

Malaysia gesa Sweden ambil tindakan terhadap pelaku bakar al-Quran

Bakar al-Quran: Panggil segera Duta Sweden ke Malaysia