6 anggota polis ditahan di pusat hiburan, seorang positif dadah

Enam anggota polis disyaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Setiawan, Perak, ditahan dalam serbuan oleh JIPS Bukit Aman, pada Sabtu lalu. - Gambar hiasan
Enam anggota polis disyaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Setiawan, Perak, ditahan dalam serbuan oleh JIPS Bukit Aman, pada Sabtu lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Enam anggota polis disyaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Ipoh, Perak, ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, pada Sabtu lalu.

Difahamkan, dalam serbuan jam 11.30 malam itu, pihak polis turut menemui sepeket serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, operasi dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi mengesan pelanggaran dan salah laku yang dilakukan warga Polis Diraja Malaysia.

"Siasatan lanjut akan dijalankan JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, siasatan dari sudut tatatertib sedang dilaksanakan," katanya ketiKA dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata, terdapat situasi yang membenarkan anggota berada di dalam premis berkenaan berdasarkan arahan dalaman.

"Siasatan akan dibuat apabila ada anggota terbabit dikesan positif dadah dan minum minuman keras," katanya

Sementara itu, sumber berkata, kesemua enam anggota terbabit bertugas di salah sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Perak.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati salah seorang anggota beragama Islam dikesan positif minum minuman keras, manakala seorang lagi anggota positif dadah jenis ganja.

"Seorang wanita warga Indonesia turut ditahan bersama enam anggota dalam bilik karaoke di pusat hiburan berkenaan," katanya.