23 laporan polis terhadap Guan Eng di Kedah

Fisol - Foto Bernama
Fisol - Foto Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Polis Kedah menerima 23 laporan polis berhubung kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang dipercayal menyentuh isu berkaitan 3R iaitu bangsa (race), agama (religion) dan raja (royalty) setakat Isnin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, siasatan telah djalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, polis Kedah sekali lagi mengingatkan orang ramai agar tidak menyentuh isu sensitiviti 3R ini khususnya yang ditularkan media sosial kerana boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan di negeri ini.

"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan memainkan isu ini sehingga menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat.

"PDRM Kedah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa yang mengambil kosempatan ke atas isu sensitiviti ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, dalam menghadapi plilhan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi, polis memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi undang-undang agar proses PRN berjalan lancar dan keamanan negeri Kedah dapat dikekalkan.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan Lim Guan Eng disiasat berhubung kenyataan yang didakwa menyentuh sensitiviti perkauman dalam sebuah program di Pulau Pinang pada Jumaat lalu.

Timbalan Pengarah (Forensik dan Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk G Suresh Kumar berkata, pihaknya sebelum ini telah menerima beberapa laporan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi DAP itu.

Terdahulu, sebuah portal berita tempatan yang memetik laporan akhbar bahasa Mandarin melaporkan Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat 'gelombang hijau' daripada bertapak di negeri itu.

Guan Eng mendakwa, ia akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.

Bagaimanapun, Guan Eng menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut sebaliknya menjelaskan bahawa ucapan beliau dalam bahasa Mandarin diputarbelitkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu roboh tokong: Ahmad Zahid pertahan Guan Eng

Akmal gesa polis siasat kenyataan Guan Eng

Jika Pas mahu buat zalim, sudah lama berlaku di Kelantan - Idris