300 migran hilang di Lautan Atlantik

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

MADRID - Tiga bot membawa lebih 300 migran dipercayai hilang di Lautan Atlantik, kata pegawai kumpulan bantuan pendatang, Walking Borders, pada Ahad.

Agensi Anadolu melaporkan, jurucakap kumpulan itu Helena Maleno berkata, kesemua bot itu meninggalkan kampung Kafountine di selatan Senegal 15 hari lalu ke Kepulauan Canary di Sepanyol.

Maleno berkata, terdapat kira-kira 200 pendatang menaiki satu daripada tiga bot ketika bot kedua sekitar 65 orang manakala bot ketiga 60 orang.

Beliau berkata, ahli keluarga pendatang mengambil berat tentang keselamatan mereka.

Sekurang-kurangnya 559 pendatang termasuk 22 kanak-kanak maut ketika cuba memasuki Kepulauan Canary pada 2022, menurut data Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Bernama