Isu KLIA: SPRM masih buru ejen minta 'duit kopi'

Azam Baki. - Foto Bernama.
Azam Baki. - Foto Bernama.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih memburu ejen yang dipercayai meminta 'duit kopi' RM18,000 berhubung kes kemasukan seorang pelancong China ke negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini individu terbabit dikenal pasti sebagai seorang lelaki warga asing.

"Kita sudah mempunyai butiran mengenainya namun kita belum dapat mengesan kedudukannya pada masa ini.

"Semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan memberikan masa bagi SPRM melengkapkan siasatan," katanya pada Ahad.

Pada Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan suspek itu dipercayai bekerja dengan sebuah syarikat menguruskan kemasukan pelancong yang bertempat dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Azam dilaporkan berkata, syarikat ejen pelancongan tersebut dipercayai telah beroperasi di dalam premis KLIA sejak 2017 bagi menguruskan tiket kapal terbang dan makan minum kepada kumpulan pelancong yang hadir ke Malaysia.

SPRM mengesyaki ejen yang menguruskan kemasukan warga China tersebut juga adalah dari negara tersebut.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mengakui beliau ialah menteri dikaitkan dengan kejadian kekecohan di balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membantu seorang warga China yang ditahan daripada memasuki Malaysia.

Beliau mendakwa wujud budaya rasuah membabitkan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa di pintu masuk negara.

ARTIKEL BERKAITAN:Tular menteri didakwa buat kecoh di KLIA

Menteri akui kekecohan, dakwa berlaku isu rasuah di KLIA

Imigresen siasat dakwaan insiden kekecohan libat menteri

Ketua Pemuda UMNO gesa PM pecat menteri buat kecoh di KLIA

Siasat dalang sebar video, berita tidak benar - King Sing

MyBHA, MATA sokong tindakan King Sing dengar keluhan pelancong

Budaya rasuah di KLIA: SPRM siasat dakwaan King Sing

Ahli perniagaan lapor polis kes kekecohan libat menteri di KLIA

Lawatan mengejut di KLIA, PM jamin siasatan rapi dilakukan

Belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA - Anthony

Kerajaan, pihak berkuasa digesa siasat kes menteri buat kecoh di KLIA - Cuepacs

'Saya sedang menunggu laporan penuh' - Saifuddin Nasution