Lelaki warga Yaman ditahan cabul dua remaja perempuan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Yaman ditahan selepas disyaki terlibat mencabul dua remaja perempuan di sebuah kedai kompleks beli-belah di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, kejadian itu berlaku pada jam 1.30 petang, pada Khamis lalu.

"Mangsa masing-masing berusia 17 dan 18 tahun mendakwa telah dicabul ketika berada di dalam sebuah kedai kompleks membeli-belah itu.

"Suspek merupakan seorang lelaki warga Yaman berusia 20 tahun dan tidak bekerja telah ditahan selepas mangsa membuat aduan kepada polis bantuan.

"Pemeriksaan lanjut ke atas suspek juga mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Wan Azlan berkata, suspek direman selama 14 hari sehingga Khamis depan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan. - Awani