Penoreh redah sungai cari rezeki

Penduduk menyediakan perkhidmatan bot kepada orang ramai yang hendak ke Manjor dan Pemberian.
Penduduk menyediakan perkhidmatan bot kepada orang ramai yang hendak ke Manjor dan Pemberian.
A
A
A
KUALA KRAI - Setiap kali tibanya musim tengkujuh penduduk Kampung Pemberian yang majoritinya penoreh getah tidak dapat keluar menoreh.

Bagaimanapun kebanyakan mereka masih mempunyai pendapatan dengan menyediakan perkhidmatan membawa penumpang dari Major ke Pemberian berikutan jambatan tenggelam sejak beberapa hari lalu.

Walaupun pendapatan tidak seberapa tetapi sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan harian keluarga.

Salah seorang daripada mereka, Ismail Muda, 50 yang keluar seawal jam 8 pagi untuk mencari rezeki meredah Sungai Lebir dengan bot yang dibeli pada tahun 2014.

Menurutnya, kebanyakkan penduduk mempunyai bot sendiri yang digunakan setiap kali tiba musim tengkujuh.

Katanya, tambang yang dikenakan untuk perjalanan sehala sebanyak RM2.

"Penumpang tidak ramai, tetapi sekurang-kurangnya saya dapat membantu penduduk yang hendak ke Manjor dan Pemberian.

"Selalunya saya ambil penumpang bermula awal pagi hingga 6 petang," katanya.

Menurutnya, jika terdapat kes kecemasan dia juga memberikan perkhidmatan kepada penduduk pada sebelah malam.
Artikel Berkaitan:


"Kalau ikutkan bahaya juga meredah sungai waktu malam.

"Tetapi untuk bantu penduduk yang kecemasan saya tetap bantu mereka," katanya.