Kejadian kedua terbesar libat warga Felda Lepar Hilir 3

Jenazah tujuh daripada sembilan sekeluarga yang meninggal dunia dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lebar Hilir 3 pada malam Selasa. - Foto Bernama
Jenazah tujuh daripada sembilan sekeluarga yang meninggal dunia dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lebar Hilir 3 pada malam Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KUANTAN - Tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu yang mengorbankan 10 individu termasuk sembilan beranak pada Sabtu lepas adalah kejadian terbesar membabitkan penduduk Felda Lepar Hilir 3 di sini.

Ketua Peneroka Felda Lepar Hilir 3, Rosli Samad, 60, berkata, sebelum ini kira-kira 15 tahun lalu, empat sekeluarga dari tanah rancangan itu maut dalam satu kemalangan jalan raya.

Menurutnya, kejadian Sabtu lepas itu amat mengejutkan apabila ia melibatkan keluarga dari tanah rancangan terbabit.

"Saya tidak sangka perkara sebegini berlaku dan memang sedih, satu keluarga semua. Ini (kejadian) paling ramai.

Rosli
Rosli

“Lima belas tahun dulu pernah berlaku (peristiwa tragis) dan empat sekeluarga meninggal dalam kemalangan. Namun ini yang paling besar,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Masjid Ubbudiah, Felda Lepar Hilir 3, di sini, tengah malam Selasa.

Jenazah tujuh beranak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, kira-kira jam 11.52 malam tadi.

Mereka adalah Azizah Eiyi, 40, Karim Abdullah, 39, Putri Balqis Izzati, 18, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya Karim, 10, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Setakat petang Selasa, mayat kelapan yang dikenal pasti sebagai Putri Alleya Maisarah, 16, ditemui kira-kira jam 3 petang di kawasan beting jeram.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat kelapan itu ditemui berhampiran mangsa kedua yang ditemui pada Ahad.

Dua lagi mangsa belum ditemukan ialah Putri Nor Fatin, 14, dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24.

Rosli memaklumkan, dua lagi tapak untuk liang lahad telah disediakan bagi menempatkan dua lagi jenazah yang dijangka dikebumikan hari ini.

“Untuk satu lagi jenazah yang telah ditemui, kita sudah sediakan tapak bersebelahan liang lahad tujuh jenazah yang lain, cuma belum buka lagi.

“Sekiranya satu lagi mayat ditemui esok (Rabu), kedua mereka akan dikebumikan dalam satu liang lahad,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi kepala air: Jenazah tujuh beranak selamat dikebumikan

Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati

Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa

Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata

'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'

Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3