PN amal politik 3R - Muhamad Arafat

Muhamad Arafat (dua dari kanan) dalam Wacana Sinar Siri 404 membincangkan tajuk PRN:Adakah Bom Jangka Kedua? yang berlangsung di Studio Sinar Harian pada Selasa. - Foto Sinar Harian / Asril Aswandi Shukor.
Muhamad Arafat (dua dari kanan) dalam Wacana Sinar Siri 404 membincangkan tajuk PRN:Adakah Bom Jangka Kedua? yang berlangsung di Studio Sinar Harian pada Selasa. - Foto Sinar Harian / Asril Aswandi Shukor.
A
A
A

SHAH ALAM - Perikatan Nasional didakwa mengamalkan politik 3R iaitu perkauman (race), agama (religion) dan institusi diraja (royalty) sebagai modal politik mereka.

Naib Pengerusi PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata, perkara itu tidak dapat dinafikan kerana pelbagai fitnah telah dibuat oleh PN dan Pas.

"Mana-mana negara yang mengamalkan 3R tidak akan membangun dan sangat jelas parti yang membawa isu sensitif itu adalah PN. Itu telah terbukti.

"Fakta kedua iaitu pada September 2022 ketika zaman pemerintahan PN, Malaysia berada di kedudukan kedua diperingkat global yang rasis selepas Afrika," katanya.

Beliau berkata demikian selaku panelis pada Wacana Sinar siri 404 bertajuk 'Adakah Bom Jangka Kedua" yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panel ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

Tambah beliau, parti yang mengamalkan politik 3R adalah kerana pemimpin mereka tidak mempunyai keyakinan diri dan tiada fakta untuk dibawa kepada rakyat.

"Jadi, satu-satu yang boleh tukar pemikiran rakyat dengan mudah adalah menggunakan 3R. Ini adalah psikologi digunakan kerana ia boleh mengubah pendirian rakyat di saat akhir atas perjuangan Melayu dan Islam.

" Sedangkan Islam dan Melayu jelas terjaga di bawah pemerintahaan PH selama ini," ujarnya.