Tragedi kepala air: Operasi SAR bersambung esok

Hanyan ketika bercakap kepada media di lokasi kejadian.
Hanyan ketika bercakap kepada media di lokasi kejadian.
A
A
A

KEMAMAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini ditangguhkan pada jam 6.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, operasi mencari baki mangsa lain akan diteruskan jam 9 pagi Selasa.

"Semua operasi berjalan lancar dan dibantu dengan cuaca yang baik.

"Jumlah mangsa yang telah ditemui pada hari ini seramai empat orang menjadikan keseluruhan mangsa ditemui adalah enam orang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang datang berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih pada Sabtu sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.

Susulan itu, operasi hari kedua mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini diperluaskan ke tiga zon melibatkan pencarian radius seluas 32 kilometer (KM) persegi.

Mengulas lanjut, Hanyan berkata, kesemua mangsa yang ditemui telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bagi urusan bedah siasat.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan ramalan cuaca akan hujan pada malam.

"Mengambil kira keadaan semasa yang semakin gelap, kita telah mengarahkan kesemua anggota untuk pulang ke pusat operasi," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: Mayat ketiga, keempat ditemui - Polis

Tragedi kepala air: Operasi diperluas ke tiga zon babit 32 km

[VIDEO] Jenazah mangsa tragedi kepala air tiba di HSNZ

Tragedi Kepala Air: Hanya enam mayat ditemui setakat ini - Polis

'Tak sangka itu perkhemahan terakhir mereka sekeluarga'