Lelaki ditemui mati dalam kebun sawit

No Image Caption
A
A
A

TAPAH - Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Baru Tapah Road, malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 9.20 malam itu, mayat Azirun Abdul Mohamed, 54, ditemui dalam keadaan muka berada di atas tandanan kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian itu disedari seorang penduduk yang kemudiannya melaporkan kepada polis.

Menurutnya, pemeriksaan awal ke atas fizikal mangsa tidak menemui sebarang kesan darah atau luka yang boleh dikaitkan dengan jenayah.

"Hanya terdapat satu luka di bahagian muka, dipercayai kesan cedera kerana ketika dijumpai, muka mangsa berada di atas tandan kelapa sawit," katanya.

Beliau berkata, mangsa merupakan warga tempatan bekerja sebagai penjaga kebun di kampung berkenaan.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan: