Kena bijak tangani isu penyalahgunaan dadah

Unit Pencegahan AADK Pendang giat Anjur ceramah dan pameran didik kesedaran masyarakat terutamanya pelajar sekolah

Para pelajar dan kakitangan Unit Pencegahan AADK Pendang yang mengambil bahagian sempena pameran Hari Kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang.
Para pelajar dan kakitangan Unit Pencegahan AADK Pendang yang mengambil bahagian sempena pameran Hari Kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang.
A
A
A

PENDANG - Isu penyalahgunaan dadah wajar ditangani dengan bijak melalui pelbagai elemen agar masyarakat negara ini sentiasa berwaspada daripada kesan negatif najis tersebut.

Oleh itu Unit Pencegahan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pendang giat menganjurkan ceramah dan pameran tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan kesannya di sekolah-sekolah sekitar daerah tersebut.

MOHD SAFUAN
MOHD SAFUAN

Menurut Penceramah Unit Pencegahan AADK, Mohd Safuan Shatri, antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh, Sekolah Kebangsaan Bukit Raya Dalam, Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Maktab Rendah Sains MARA Pendang dan SMK Sungai Tiang.

“Penganjuran ini amat penting bagi meningkatkan kesedaran bagaimana penyalahgunaan dadah boleh bermula sejak usia kanak-kanak hingga remaja. Kanak-kanak yang membesar dalam kalangan ahli keluarga khususnya ibu bapa yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah boleh mempengaruhi pemikiran mereka untuk terlibat dengan najis dadah.

“Mereka mempunyai pemikiran bahawa dadah bukanlah jenayah kerana telah dipengaruhi sejak usia yang masih mentah. Amat penting kesedaran penyalahgunaan najis dadah haruslah bermula dari rumah, selain peranan guru-guru dan rakan sebaya dalam meningkatkan kesedaran tersebut.

Pencegahan lebih baik dari merawat menjadikan kempen melibatkan pelajar sekolah menjadi tumpuan Unit Pencegahan AADK seperti yang diadakan MRSM Pendang.
Pencegahan lebih baik dari merawat menjadikan kempen melibatkan pelajar sekolah menjadi tumpuan Unit Pencegahan AADK seperti yang diadakan MRSM Pendang.

“Kami menyediakan modul khas dalam setiap ceramah yang mengandungi pelbagai input yang bersesuaian dengan peringkat sekolah sama ada sekolah rendah atau menengah. Bagi menarik perhatian para pelajar, kami menyelitkan elemen humor dan pemberian hadiah kepada para pelajar untuk mengambil bahagian dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh penceramah,” tegas Mohd Safuan lagi.

Menurut beliau, para pelajar diajar bagaimana mereka boleh bertindak dan mengatakan ‘TIDAK’ (Teknik Arsetif)” terhadap elemen-elemen yang menyebabkan mereka terjebak dalam penyalahgunaan dadah.

Selain itu, modul ceramah dan pameran anjuran AADK Pendang juga menekankan aspek untuk para pelajar dapat mengenalpasti jenis dadah dan kesan negatif terhadap fizikal serta kesihatan manusia.

NURUL IZZATI
NURUL IZZATI

Sementera itu, bagi guru Sekolah Kebangsaan Ayer Putih, Nurul Izzati Mahamud berkata, penganjuran ceramah dan pameran anjuran AADK Pendang sangat penting dalam membantu pihak sekolah agar para pelajar memahami bahaya najis dadah.

“Para penceramah menyediakan bahan ceramah dan pelbagai elemen soalan yang menarik serta mudah difahami oleh para pelajar. Sesi ceramah ini dapat membuka minda para pelajar tentang penyalahgunaan dadah. Seperti yang kita maklum, mencegah adalah lebih baik daripada merawat, maka sesi seumpama ini sangat relevan dan dapat dianjurkan secara konsisten serta meluas,” katanya.